PH10 – Buku Bunyi Panduan Sebutan Bahasa Inggeris untuk Berani Speaking

RM99.00

Take a look. Take a listen. 😊

Dengan belian Buku Bunyi ini anda akan dapat:

🌸Buku Bunyi setebal 267 mukasurat

🌸Dapat Group Akses kepada Channel Telegram untuk Rujukan Audio Bunyi

🌸Dapat Akses kepada Group Facebook untuk kelas bulanan

🌸Boleh mengendalikan kelas dan program untuk anak anak di Lokasi masing masing dengan bimbingan Coach

🌸 HARGA: RM99

Availability: 100 in stock

SKU: PH10 Category:

BUKU BUNYI adalah fasa merakam sebutan perkataan dan contoh ayat. Terdapat 200 perkataan Bahasa Inggeris yang mungkin menimbulkan kekeliruan terhadap para pelajar terutama dari segi sebutan. Contohnya, “allow”.

Boleh jadi sebutan untuk allow, swallow atau callow 🤔

1. Sebenarnya tiada formula untuk belajar sebutan Inggeris ni. Perlu lebih banyak mendengar, ini cara terbaik inshaAllah. Ada 21-23 bunyi vokal, terpulang kepada kita unutk pilih vokal yang bersesuaian. Maka ada beraneka saiz bukaan mulut untuk menghasilkan bunyi yang betul atau sekurang-kurangnya hampir sama 👍🏻👍🏻👍🏻

2. Di sini juga, kita dapat belajar tentang tanda kebesaran Tuhan yang menciptakan manusia dengan kepelbagaian warna, bangsa dan bahasa. Belajar untuk mengenal kehebatan Pencipta melalui penciptaannya ☺️

Dan bahasa itu antara tanda-tanda yang bagus diperhati, didengari.

3. Buku ini melalui proses pengumpulan perkataan daripada beberapa sumber kamus Inggeris, disaring dan dipilih perkataan yang biasa kita jumpa, diperhalusi sebutannya dengan mendengar lafaz dari kamus online seperti Longman, Cambridge, Merriam-Webster.

4. Contoh ayat diberikan. Ayat ini dirangka agar boleh digunakan dalam interaksi harian. Daripada ayat yang diberi, maksud perkataan boleh diteka.

5. Tiada ejaan fonetik disertakan. Tetapi diganti dengan ejaan mengikut bunyi Bahasa Melayu.

Contoh: allow (e-lau)

6. Ya, buku ini ditulis untuk penutur BM yang mahu mencantikkan sebutan English-nya.

7. Buku sahaja? Tidak. Mana mungkin menangkap bunyi tanpa mendengar. Jadi, ada buku PLUS audio. Tidaklah audionya terlalu Amarekaa atau Brik-ish apatah lagi Ostrayliaaa. So you can expect some Malay tones in them. Ini titik persamaan kita. Bunyi itu terhasil dari organ vokal penutur asal BM juga.

 

Weight 0.528 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PH10 – Buku Bunyi Panduan Sebutan Bahasa Inggeris untuk Berani Speaking”

Your email address will not be published.